Tuesday, February 15, 2011

Budi seorang Bapa Angkat: Ting 1

MODUL 1

Tingkatan :

Masa : 80 minit

Tajuk : Budi Seorang Bapa Angkat

Genre: Prosa Tradisional

Fokus Utama: 10.1 Menceritakan semula sesebuah karya secara keseluruhan.

Aras 1:

i. Menyatakan idea keseluruhan dan mengesan urutan peristiwa sesebuah karya.

Fokus Sampingan: 7.2 Memahami dan menyatakan maksud perkataan sukar berdasarkan konteks.

Aras 1:

iv. Memahami dan menyatakan makna kata yang sukar berdasarkan konteks.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menceritakan semula peristiwa mengikut urutan berdasarkan adat istiadat yang dipilih

ii. Memberikan maksud perkataan yang disenaraikan

iii. Mengenal pasti sekurang-kurangnya satu contoh jenis-jenis ayat yang disenaraikan

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran Membaca

Fokus Sampingan: Kemahiran Lisan

Sistem Bahasa:

Tatabahasa:

Kosa Kata: Umum: merawi, mengaji, mandi berlimau, bertelekan pinggang, menyelampai, peterana

Istilah: mantik, saudara susu

Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Sosiobudaya

Nilai: Kasih sayang, taat

Kemahiran Bernilai Tambah: Konstruktivisme, membanding beza

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

Set Induksi

  • Guru memilih murid secara rawak untuk memilih kad yang telah disediakan.

  • Murid diminta bercerita tentang adat istiadat yang tertera di dalam kad.
  • Guru menghubungkaitkan cerita murid dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

1

Membaca Teks Mengikut Kumpulan:

a. Murid dibahagikan mengikut kumpulan.

Kumpulan 1 & 2 – mengenal pasti teks yang berkaitan dengan adat mengaji

Kumpulan 3 & 4 – mengenal pasti teks yang berkaitan dengan adat berkhatan

Kumpulan 5 & 6 – mengenal pasti teks yang berkaitan dengan adat mengasah

gigi

b. Murid berbincang dan menyusun urutan peristiwa mengikut adat yang telah ditetapkan dalam kumpulan.

c. Wakil kumpulan diminta bercerita tentang urutan peristiwa adat yang telah dibincangkan di hadapan kelas.

d. Guru membuat rumusan hasil pembentangan murid.

Mencapai objektif pertama

BCB – Membaca Intensif

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

2

Memberikan Maksud Perkataan yang Disenaraikan:

  1. Murid-murid berbincang dalam kumpulan tentang maksud perkataan yang disenaraikan:

i. Mantik

ii. Saudara susu

iii. Merawi

iv. Mengaji

v. Mandi berlimau

vi. Bertelekan pinggang

vii. Menyelampai

  1. Kumpulan dipilih secara rawak untuk mengemukakan maksud di hadapan kelas.

  1. Guru membuat rumusan dan memilih maksud yang sesuai mengikut konteks ayat.

Mencapai objektif kedua

Merujuk kamus

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

3

Peneguhan &

Penilaian

Mengenal Pasti Jenis-jenis Ayat:

  1. Murid-murid diminta mengenal pasti jenis-jenis ayat secara individu berdasarkan teks.

i. Ayat Tanya

“Hai Awang, mengapakah kau tidak menuruti langkah-langkah yang kuajarkan? Adakah engkau hendak berguru dengan orang lain?”

ii. Ayat Penyata

Pada malam Jumaat berikutnya Datuk Batin Alam menyuruh Awang Sulung mandi berlimau.

iii. Ayat Seruan

“Hai anakanda, sekarang cubalah elakkan tuju-tuju ayahanda ini!”

  1. Secara rawak, murid-murid diminta membacakan contoh jenis-jenis ayat yang didapati berdasarkan teks.

  1. Guru membuat penilaian tentang contoh-contoh ayat yang diberikan oleh murid.

a. Murid-murid diminta membandingkan secara lisan adat berkhatan yang diamalkan pada masa ini dengan adat berkhatan yang terdapat dalam teks.

b. Guru merumus perbandingan adat yang telah dibincangkan.

c. Murid-murid melagukan pantun dengan mengikut irama lagu “Rasa Sayang”

Mencapai objektif ketiga

Konstruktivisme

Membanding beza

Lampiran






URUTAN PERISTIWA

  1. Adat Mengaji:

· Datuk Batin Alam menyerahkan Awang Sulung Merah Muda (ASMM) menjaga di rumah Tuan Kadi Alim

· ASMM tinggal di rumah Tuan Kadi Alim

· ASMM diajar mengaji

· Setelah khatam ASMM dihantar pulang

· Datuk Batin Alam menghadiahkan emas setaka kuning kepada Tuan Kadi Alim

  1. Adat Berkhatan:

· Datuk Batin Alam mengumpulkan rakyat jelata untuk membuat persediaan bagi mengkhatankan ASMM

· Diadakan perayaan selama seminggu dan menyembelih kerbau 14 ekor

· Segala jenis permainan seperti sabung ayam, catur, sepak raga, dikir dan nyanyian diadakan

· Menjemput Datuk Mudim Raja

· Adat berjaga-jaga dimulakan dan meriam ditembakkan

· ASMM dipakaikan pakaian putera raja selengkapnya

· ASMM dibawa berarak keliling istana sebanyak 7 kali

· ASMM dimandikan dipangkalan dan didudukan di atas sebuah peterana keemasan

· Persembahan tarian Ceracap Inai diadakan

· ASMM berendam di telaga diraja sebelum dikhatankan

· Adat berkhatan diadakan




  1. Adat Mengasah Gigi:

· Mencari seorang pandai asah gigi

· Mengenal pasti upah untuk mengasah gigi

· Pandai asah gigi dipanggil ke istana, dijamu dan diberikn penghormatan

· Gigi ASMM diasah dengan cermat

· Setelah diasah, pandai asah gigi menyapu baja kayu ke gigi ASMM

· Pandai asah gigi dibunuh

· Bayaran upah diserahkan kepada anak dan isterinya



Disediakan oleh:

Pn. Aiani Sudeen

En. Muhdi Hj. Majid