MENJELANG WAWASAN 2020
(..untuk mereka yang menghargai kemerdekaan ini )
Sepeninggalan 2010
Semangat kita perlu lebih teguh
azam kita mesti lebih kukuh
tekad kita harus lebih utuh
kerana perjalanan ini masih jauh
bangun! bangun! Bangun!
setiap kali terjatuh..
.. patah sayap bertongkatkan paruh
..patah paruh bertongkatkan bahu
.. patah bahu bertongkatkan siku
..patah siku bertongkatkan bahu
..patah bahu bertongkatkan kuku
..patah kuku bertongkatkan bulu
.. patah bulu berserah pada yang “ SATU”..
yang patah , kita anduh
yang lemah , kita “ kok ko…””
darah dan nanah , kita basuh
yang luka ubat telah kita bubuh
kuman dan parasit kita “ bunuh..”
kita rawat sampai sembuh..
malas, dengki, khianat dan kecewa rejamkan jauh-jauh
panjatkan doa rapatkan jari sepuluh
Ingatlah….!
Airmata ,darah dan nyawa telah nenek moyang kita pertaruh
onak dan ranjau telah mereka tempuh
ombak dan badai telah mereka rempuh
hancur daging tulang mereka terluluh
walau ubi kayu dan berbaju lusuh
walau bersenjatakan parang, keris,lembing dan buluh
semangat mereka tidak rapuh
.. .. tidak jatuh
biar dipanah halilintar ,dibedil isytinggar ,disergah guruh
bisa bagai tersusuk racun ipoh
mereka tidak mengaduh..
jauh sekali mengeluh…
biar berkecai daging, urat dan tulang dari tubuh
jiwa pejuang mereka tidak luruh
.. tetap teguh
.. tidak akan lumpuh
laungan keramatnya menjadi penyuluh
tika tirai kejam Matahari Terbit dan Benggali Putih dilabuh
setelah gerimis teduh..
Ingatlah..!!ingatlah..ingatlah!
sejarah kita geruh
sejarah tercatat di pamor bisa keris Luk Tujuh
di bumi Semenanjung Emas bersepuh
maruah kita pernah ditonyoh
bangsa kita pernah diperbodoh
kepala pernah dipelekoh
setelah perginya Laksamana Cheng Ho
kita dilanggar Alfonso
ditampar “Yamamoto”
“diajar “ Hugh Low ,Winsted R.O
sejarah ini cukup ampuh…
Menjelang Wawasan 2020
kita palu gendang gentakan tabuh
“ ..jalan mesti ke depan..” bukan melangkah undur
bermandikan keringat bertemankan peluh
walau dilambung ombak dihempas tengkujuh
perahu sudah di air , ditangan… tergenggam pengayuh
kita naikkan layar kita bongkarkan sauh
Di bahtera cemerlang sama berkayuh
Di lautan gemilang sama merempuh
Di pantai terbilang sama berlabuh
kerana merah “ Hisbiscuss “ tak bertunjang rapuh
dan dari serpihan Kota Melaka yang roboh
telah kita bangunkan pelbagai korido
seiring pentadbiran bertaraf ISO
bersama frasana, jalur lebar dan kondo
Belayar Mengelilingi Dunia secara solo
Dipuncak Everest dengan suhu 16 dibawah Zero
Berita Harian.Utusan Malaysia dan Metro
Putrajaya,Satelit ,KLCC ,PETRONAS dan Astro
3G,TM,Maxis,Digi Fu-Yoooh..
MISC,PROTON,PERODUA dan kita buat motor..
NCER , WPI hingga ke Pulau Borneo
lantas dicemburui kawan digeruni musuh
Kesederhanaan kita menjadi contoh
diyakini dari Timur Tengah ke Timur Jauh
diakui hingga ke Lautan Teduh.
Sedarlah..! sedarlah .!.sedarlah..!
..ini bukan masanya untuk bergaduh
..untuk menjadi ’jaguh’
..untuk berpeluk tubuh
berperangai gelojoh
hentam keromo
bersifat keloloh berberpolitik kopi-O
Biar mereka tuduh..
biar mereka cemuh...
jangan menyuluh di bulan penuh..
percayalah ,bangsa kita sudah sampai di langit ke tujuh
Payung Mahkota.. tempat patik menumpang berteduh
Kepada pemimpin kita kena akur kena patuh
Dato Seri Najib ..Tenang,Tegas,berkarisma dalam “slow”
‘Rakyat Didahulukan , Pencapaian Diutamakan “jadi moto’’
SATU MALAYSIA menjadi contoh
Rukun Negara , KPI dan NKRA kita “ follow”
sama mentadbir sama mengasuh
segerakan tugas jangan bertangguh
turun padang bantuan dihulur
muhasabah diri pagi sampai ke subuh
menarilah ikut rentak dan tempo
kuatkan minda sasakan tubuh..
buat kerja biar bersungguh..
segerakan tugas…jangan bertangguh-tangguh
berfikir dulu ,jangan gopoh
bawa berbincang bukan buat kecoh
dengar pandangan, kurangkan angkuh
utamakan Negara, bukan poket yang penuh
tunjukkan profesionalisma , rendahkan ego
beri pandangan bukan jadi ayam jaguh
tenang tangani masalah “ jangan gelabah puyuh”
dengar masalah rakyat dengan besungguh
beri perhatian jangan “ buat dono…”
yang miskin ,sakit,susah dan yang lumpuh
Bantuan bagi penuh..jangan separuh-separuh
idea dijana bukan tuduh -menuduh
lantang berhujah.. hebat berpidato.!!
Berhujahlah dengan dada dan akal yang penuh..
selesaikan masalah bukan jadi algojo..
kepentingan sendiri ..ketepi ditaruh
buktikan komitmen jangan buat benda yang tak senonoh
serius pada tugas kurangkan berseloroh
mesra selalu “ senyum sokmo..’’
kita satukan jasad kita bangunkan roh
parti Komponen setia bersama UMNO
tetap setia berpaksi kukuh
..bersatu teguh bercerai roboh
Bagai tebing dengan aur..
Bagai isi dengan kuku..
Bagai irama dan lagu..
KEMERDEKAAN ini kita tatang!. kita tatang!.. bagai minyak yang penuh
minyak penggerak jentera Wawasan 2020
…yang tidak berapa jauh
…untuk disentuh
……“..buleh kot no….?”
Nukilan:
INDRA PENGHULU AGUNG.
K.S.A.H
Kedah Darul Aman
No comments:
Post a Comment