Monday, February 14, 2011

kasut kelopak jantung

DRAF 1

Tingkatan : 1 Cerdik

Masa : 80 minit

Tajuk : Kasut Kelopak Jantung

Genre: Cerpen

Fokus Utama: 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara dengan menggunakan pelbagai soalan

Aras 1(v) Mengemukakan soalan mudah untuk berkongsi idea, pengetahuan serta pengalaman, dan memberikan

jawapan yang sesuai dalam perbualan secara bertatasusila.

Fokus Sampingan: 10.4 menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Membaca petikan cerpen yang diadaptasikan dalam bentuk skrip drama dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

ii. Melengkapkan grafik menunjukkan bukti bagi aspek persoalan,nilai dan pengajaran yang terkandung dalam petikan.

iii. Membina enam ayat kata kerja

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran Membaca

Fokus Sampingan: Kemahiran menulis

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Kata kerja

Kosa Kata: Umum: meninjau-ninjau, usang, meramas-ramas, jemari

Istilah:

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Pendidikan Moral

Nilai: Mengenang jasa, hormat pada orang tua

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir

- Teknik soal jawab

- Peta minda

- Mengelaskan, mengumpulkan, mengkategorikan

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

1

SET INDUKSI

  1. Guru menunjukkan sekeping kad ucapan “Selamat Hari Guru” kepada murid .

  1. Guru bertanya kepada murid beberapa soalan :

  1. Apakah kad yang saya pegang ini?
  2. Bilakah tarikh sambutan Hari Guru?
  3. Berdasarkan pengalaman , bagaimana anda menyatakan penghargaan terhadap jasa guru-guru selama ini?
  4. Wajarkah pelajar menghargai jasa guru dan jelaskan beberapa sebab mereka harus dihargai ?

* nyatakan jangkaan jawapan murid

  1. Murid memberi respon soalan-soalan guru , sama ada guru memilih beberapa orang murid menjawab soalan-soalan atau murid menjawab secara sukarela.

4. Guru seterusnya, menghubungkaitkan soalan-soalan tadi dengan tajuk pelajaran KOMSAS iaitu cerpen “Kasut Kelopak Jantung.”

Kad Ucapan

(Rujuk Lampiran)

Teknik soal jawab

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

2

3.

4.

Teater Pembaca

1. Guru memilih tiga orang murid untuk melaksanakan aktiviti teater bercerita di hadapan kelas.

2. Guru mengedarkan salinan skrip teater bercerita kepada semua murid.

3. Tiga orang murid yang akan melaksanakan aktiviti teater bercerita membaca skrip yang telah diadaptasikan daripada cerpen di hadapan kelas dengan bacaan yang lancar, sebutan jelas dan intonasi yang sesuai

4. Murid lain mendengar dengan meneliti edaran skrip drama

(Lampiran 2)

5. Tamat bacaan teater bercerita, guru bertanya pendapat daripada sekurang-kurangnya 2 orang murid tentang peristiwa penting yang terdapat dalam petikan skrip teater bercerita tadi.

6. Murid menjelaskan pendapat secara lisan.

Aktiviti Stesen

1. Guru mengarahkan murid membentuk 4 kumpulan/stesen.

2. Berdasarkan petikan , setiap kumpulan/stesen diberi agihan tugas untuk menunjuk buktikan unsur-unsur sastera dalam petikan :

- kumpulan 1 - persoalan dengan contoh

- kumpulan 2 - nilai dengan contoh

- kumpulan 3 - mesej dengan contoh

- kumpulan 4 - perwatakan Cikgu Harun dengan contoh

3. Setiap kumpulan harus melengkapkan grafik minda menunjukbukti unsur sastera cerpen Kasut Kelopak Jantung

6. Kumpulan lain perlu bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan untuk

melengkapkan borang grafik menunjuk bukti.

7. Seorang wakil daripada setiap kumpulan akan membaca hasil dapatan di

hadapan kelas.

8. Murid lain menyemak dapatan yang telah mereka peroleh dan guru mengulas

jawapan setiap wakil kumpulan.

Kata Kerja

1. Berdasarkan petikan, guru mengarahkan murid menggariskan sekurang-kurangnya enam kata kerja yang terdapat dalam petikan.

2. Murid menyenaraikan seberapa banyak kata kerja yang dikesan daripada di papan tulis.

3. Guru menyuruh murid membina enam ayat kata kerja daripada senarai kata kerja yang terdapat di papan tulis.

4. Murid menulis kata kerja di papan tulis.

5. Guru mengulas dan menilai ayat-ayat yang dibina oleh murid.

6. Murid lain menulis ayat yang telah dibetulkan dalam buku latihan.

Objektif (i)

tercapai

Objektif (ii) tercapai

Objektif (iii) tercapai

Teater Pembaca – Beberapa orang murid membaca skrip di hadapan kelas

Teknik stesen-

Pelajar mencari maklumat secara berkumpulan dari satu stesen ke satu stesen

Peta minda

Mengelaskan kata kerja

5.

Penutup

  1. Guru meminta seorang murid untuk mengulaskan tentang cerpen yang telah dipelajari.

  1. Pelajar yang dipilih, mengulas cerpen yang telah dipelajari

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

3

i

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

4

Lampiran






Lampiran 1 : Kad Ucapan Hari Guru




Lampiran 2: Petikan skrip Teater Bercerita Kasut Kelopak Jantung

Cikgu Ahmad mematikan enjin motosikalnya. Perlahan-lahan dia turun dari motosikal sambil meninjau-ninjau keliling rumah yang agak usang. Suasana sepi

dan menyenangkan.

Cikgu Harun : Jauh juga rumah Ahmad ni. (Bercakap sendiri sambil meninjau-

ninjau ke arah sebuah pondok yang usang)

Assalammualaikum!

Ahmad! (Cikgu Harun memandang sekeliling rumah)

Betul ke ini rumah Ahmad?

Ibu Ahmad : Waalaikumsalam. Encik cari siapa? Kalau mencari Ahmad, dia

Tidak ada di rumah sekarang. Ahmad pergi ke kebun sayur. Ambil

upah petik cili. Sebentar lagi dia balik. Encik ni siapa?

(seorang ibu wanita tua muncul dari belakang rumah.Berjalan

terhinggut-hinggut dan kelihatan sangat uzur.

Cikgu Harun: Saya Cikgu Harun. Guru tingkatan Ahmad.

(Cikgu Harun bersalam dengan ibu Ahmad)

Ibu Ahmad : Jemputlah naik cikgu.

Cikgu Harun: Tak apalah mak cik. Saya nak jumpa Ahmad. Ahmad ada? Sudah

seminggu dia tidak ke sekolah. Eh, itu Ahmad. (Cikgu Harun

terpandang kelibat Ahmad yang berjalan agak perlahan di celah-

celah semak di belakang rumah) Ahmad!

Ahmad : Eh, Cikgu! (Ahmad agak terkejut melihat Cikgu Harun di hadapan

rumahnya)

Ahmad : Terima kasih cikgu! (Air mata terharu mengalir dari kelopak

mata Ahmad)

Cikgu Harun menghidupkan enjin motosikalnya dan meninggalkan pondok usang Ahmad. Ahmad dan ibunya memerhati Cikgu Harun sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mata mereka.


Cikgu Harun: Kenapa kamu tak buka kelopak jantung ini? (Cikgu Harun

memerhati Ahmad dari atas ke bawah. Dia agak terkejut kerana

Ahmad akur dengan arahannya di sekolah tidak menaggalkan

kasut kelopak jantung buatannya.

Ahmad : Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru , cikgu.

(Ahmad tunduk sambil meramas-ramas jemari halusnya yang

kelihatan kemerah-merahan)

Cikgu Harun: (Nada simpati) Penat bekerja?

Ahmad : Penat (jawab lemah sambil mengangguk-anggukkan kepalanya)

Cikgu Harun : Esok pergi sekolah. Nah ( memberi sebungkus plastik kepada

Ahmad) Pakai uniform dan kasut baru ni. (Cikgu Harun tunduk dan

terus membuka ikatan kasut kelopak jantung yang dipakai oleh

Ahmad)

Ahmad : Terima kasih cikgu! (Air mata terharu mengalir dari kelopak

mata Ahmad)

Cikgu Harun menghidupkan enjin motosikalnya dan meninggalkan pondok usang Ahmad. Ahmad dan ibunya memerhati Cikgu Harun sehingga kelibatnya hilang dari pandangan mata mereka.

No comments:

Post a Comment