Tuesday, February 15, 2011

Syair Tingkatan 4 : Syair Siti Sianah

MODUL 1

Tingkatan : Empat

Masa : 80 minit

Tajuk : Syair Siti Sianah

Genre: Puisi Melayu Tradisional

Fokus Utama: 1.3 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat

Aras 2 (ii) Berkongsi idea yang bernas dengan menokok tambah dan mengukuhkan

idea dengan menggunakan variasi ayat yang gramatis dan jelas maksudnya

Fokus Sampingan: 12.2 Memilih isi yang bernas dan membina kerangka penulisan.

Aras 1 (i) Menentukan dan menganalisis idea dan isi yang bernas untuk menghasilkan

karya prosa.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan maksud yang tersurat dalam syair.

ii. Membincangkan maksud tersirat yang terdapat dalam syair secara berkumpulan.

iii. Berbincang dalam kumpulan untuk mendapatkan kata sepakat menentukan penanda wacana dan kosa kata.

iv. Menghasilkan satu perenggan karangan jenis naratif berdasarkan tiga rangkap naratif.

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran Berututur dan mendengar

Fokus Sampingan: Kemahiran menulis

Sistem Bahasa: Sebutan dan intonasi

Tatabahasa:

Kosa Kata: Umum: cemara, kepik

Istilah: taji beradam

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Pendidikan moral dan agama.

Nilai: Sopan-santun, berbudi bahasa.

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir

- mengkonsepsikan idea daripada bentuk puisi kepada prosa.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

1

Induksi Set

i. Murid berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan guru tentang aliran fesyen remaja masa kini.

ii. Murid ditunjukkan dengan gambar-gambar remaja yang liar dan yang sopan.

iii. Murid membuat perbandingan antara kedua-duanya dan memberi komen mana-mana yang buruk dan baik.

iv. Murid diperdengarkan lagu syair dari salah seorang murid.

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

2

Idea Utama

i. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Kumpulan 1 dan 2 diminta membincangkan maksud tersurat dalam setiap rangkap manakala kumpulan 3 dan 4 akan membincangkan maksud tersirat syair dalam setiap rangkap. Guru mengedarkan kertas mahjung dan “marker pen”

ii. Ketua kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing di hadapan kelas. Guru memberi komen dan membuat penambahbaikan.

iii. Ahli-ahli kumpulan lain diminta supaya menyumbangkan idea mereka bagi membuat penambahbaikan hasil kerja kumpulan lain.

Objektif 1 Tercapai

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

3

Kemahiran Menulis

i. Berdasarkan bahan yang dipamerkan, murid diminta berbincang untuk menokok tambah perenggan dengan kosa kata yang baru, menukar struktur ayat dan menambah penanda wacana untuk menggabungkan idea dalam perenggan.

Contoh : Penggantian kosa kata

Roma – bulu roma

Kepik – kemik

Cemara – rambut palsu

Pupuri – lumuri

Contoh : penanda wacana

Selain itu, justeru itu.

Contoh menukar struktur ayat :

Setengahnya perempuan terlalu janggal (baris asal)

Segelintir golongan wanita kelihatan agak pelik (baris yang ditukar struktur ayat)

Objektif 3 tercapai

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

4

i. Murid menyalin semula perenggan yang telah dibuat penambahbaikan di dalam buku latihan masing-masing.

Objektif 4 tercapai.

Lampiran



No comments:

Post a Comment