Tuesday, February 15, 2011

Prosa Tradisional Ting Empat: Merah Silu

MODUL 1

Tingkatan : Empat

Masa : 80 minit

Tajuk : Merah Silu

Genre: Prosa Tradisional

Fokus Utama: 10.4 Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran

Aras 3:

ii. Menganalisis nilai dan pengajaran dalam karya

Fokus Sampingan: 8.8 Membuat rumusan dengan alasan yang munasabah

Aras 3:

i. Menyimpulkan maklumat dengan mengemukakan fakta, bukti dan dengan alasan yang wajar

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Mengulas sekurang-kurangnya lima daripada tujuh nilai dengan mengemukakan contoh yang sesuai dalam karya

ii. Menyatakan sekurang-kurangnya lima daripada tujuh pengajaran berdasarkan nilai yang dipelajari.

iii. Mengenal pasti cakap ajuk dan cakap pindah.

iv. Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.

Kemahiran Bahasa: : Kemahiran Membaca

: Kemahiran Lisan

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Cakap ajuk dan cakap pindah

Kosa Kata:

Umum: bantunkan, beramuk-amuk, diam, anderak, picik, senawat

Istilah: bubu

Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Kesusasteraan Melayu

Nilai: jujur, taat setia, kerjasama, rasional, baik hati, berani, semangat bermasyarakat

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir kritis - menghubungkaitkan, teori kecerdasan pelbagai

BCB: Membaca intensif

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

Set Induksi

Lakonan Spontan

  • Murid dipilih secara rawak untuk melakonkan aksi berdasarkan tugasan di dalam kad.
  • Murid-murid memberi pendapat tentang aksi yang dilakonkan.
  • Guru mengaitkan lakonan dengan pelajaran pada hari ini.

Kad Arahan:

Situasi di perhentian bas seorang perempuan yang sarat mengandung berjalan ke perhentian bas dengan membawa pelbagai barangan. Seorang pelajar datang membantunya membawa barang-barang tersebut.

Teori kecerdasan pelbagai

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

1

Membaca Teks Secara Intensif:

  1. Murid-murid dibahagikan kepada lima kumpulan.
  2. Murid-murid dikehendaki membaca teks berdasarkan muka surat yang telah ditetapkan:

Kumpulan 1 – muka surat 51

Kumpulan 2 – muka surat 52

Kumpulan 3 – muka surat 53

Kumpulan 4 – muka surat 56

Kumpulan 5 – muka surat 57

  1. Secara kumpulan, murid-murid berbincang dan menganalisis nilai yang terdapat dalam teks.
  2. Murid-murid mengaitkan nilai dengan peristiwa yang terdapat dalam teks.
  3. Pembentangan hasil perbincangan.

Mencapai objektif pertama

BCB – membaca secara intensif

KB – menganalisis

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

2

Pengajaran Berdasarkan Nilai:

  1. Murid-murid berbincang dan memberikan pengajaran berdasarkan nilai yang terdapat dalam karya.
  2. Berdasarkan pengajaran yang telah dibina murid mengaitkan peristiwa dalam karya sebagai bahan bukti.
  3. Wakil daripada setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.
  4. Rumusan dan penilaian oleh guru.

Mencapai objektif kedua

KB - mengaitkan

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

3

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah:

  1. Guru menerangkan cakap ajuk dan cakap pindah kepada murid-murid
  2. Murid-murid mengenal pasti cakap ajuk dan cakap pindah berdasarkan

petikan (Lampiran 1)

  1. Murid-murid menyenaraikan contoh-contoh cakap ajuk dan cakap pindah dalam petikan.
  2. Murid-murid memindahkan cakap ajuk kepada cakap pindah.



Contoh jawapan cakap ajuk kepada cakap pindah:

1. Megat Iskandar bertanya kepada Merah Silu, apakah hasrat Merah Silu untuk berjumpa dengannya.

2. Merah Silu menyatakan, bahawa ia datang bertemu dengan Megat Iskandar adalah untuk memohon tempat tinggal, kerana ia tiada tempat tinggal.

3. Megat Iskandar lalu menjawab, jika demikianlah keadaannya, Merah Silu bolehlah tinggal bersamanya. Lagipun ladang di kawasan itu luas untuk kerbau makan rumput.


Mencapai objektif ketiga

Mencapai objektif keempat

KB – mengenal pasti

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

Peneguhan &

Penilaian

  • Murid-murid memberikan pendapat tentang pernyataan berikut:

“Berdasarkan sikap yang dipaparkan dalam

cerita wajarkah Merah Silu menjadi raja”



Jangkaan jawapan:

Merah Silu wajar dilantik sebagai raja, kerana ia adalah dari keturunan raja. Beliau juga seorang yang berharta dan mempunyai kerbau yang banyak. Merah Silu juga seorang yang pemurah, contohnya memberikan seekor kerbau kepada mereka yang menyaksikan permainan sabung ayam.


  • Guru membuat rumusan pelajaran hari ini.

Lampiran 1:






Petikan:

Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu, “Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?”

Merah Silu berkata, “Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”

Kata Megat Iskandar, “Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”

Sambut Merah Silu, “Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”

Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu dia pergilah mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu. Merah Silu tinggallah di situ.




Disediakan oleh:

Pn. Aiani Sudeen

En. Muhdi Hj. Majid

No comments:

Post a Comment