Tuesday, February 15, 2011

SAJAK ADUHAI BAPA : tING 4 DAN 5

MODUL 1

Tingkatan : Empat/Lima

Masa : 80 minit

Tajuk : Aduhai Bapa

Aspek Sastera :

Genre: Puisi Moden (Sajak)

Hasil Pembelajaran Utama : 8.0 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi

Hasil Pembelajaran Khusus: 8.2 Menghuraikan nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam puisi

8.3 Menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam puisi

Huraian Hasil Pembelajaran : Aras 1

ii. mengenal pasti nilai kemanusiaan dalam puisi

iii. mengenal pasti pengajaran dalam puisi

Aras 3

i. menghubungkaitkan antara nilai kemanusiaan dalam puisi yang dikaji dengan kehidupan seharian

ii. menjelaskan kaitan nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan ilmu bantu dalam puisi

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menjelaskan sekurang-kurang 4 nilai kemanusiaan dan pengajaran dalam sajak ‘Aduhai Bapa’.

ii. Menjelaskan hubungkait antara nilai kemanusiaan dalam sajak ‘Aduhai Bapa’ dengan kehidupan seharian.

iii. Menerangkan kaitan nilai kemanusiaan dan pengajaran dengan ilmu psikologi keibubapaan (parenting psychology) dan kepemimpinan

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Psikologi keibubapaan, kepemimpinan

Nilai: Semangat patriotik, Amanah

Kemahiran Bernilai Tambah: Verbal-Linguistik, Kemahiran Berfikir- Kreatif

Pendekatan : Pendekatan Analitik

Aktiviti : Soal jawab, Percambahan fikiran , Perbincangan, Lembaran kerja, Main Peranan

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT/Catatan

i. Lafaz sumpah taat dan setia kepada Negara

ii. Tanggungjawab pemimpin

Induksi Set

1. Murid memain peranan sebagai pemimpin Negara yang mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong dan membaca watikah pelantikan dalam satu majlis rasmi di Istana Negara.

Contoh :

Teks Angkat Sumpah Pelantikan YAB Perdana Menteri Malaysia



Bismillahirahmanirahim. Wallahi. Wabillahi. Saya Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak setelah dilantik memegang jawatan Perdana Menteri akan sesungguhnya bersumpah bahawa saya akan menunaikan kewajipan ini dengan jujur kepada bangsa, agama dan Negara Malaysia .


2. Guru mengaitkan majlis angkat sumpah pelantikan YAB Perdana Menteri Malaysia dengan tanggungjawab pemimpin selepas diterima sebagai Perdana Menteri Malaysia

Kaedah ICT – Watikah Pelantikan YAB Perdana Menteri Malaysia

www.youtube.com/

watch?v=NO_Jzl3cFFU

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT/Catatan

1.Unsur pendeklamasian sajak

-Ekspresi

-Penghayatan

Langkah 1

1. Guru meminta dua orang murid mempersembahkan puisidra “ Aduhai Bapa” secara berpasangan.

2. Guru memberi borang penilaian teknik mendeklamasikan sajak dan murid menilai persembahan puisidra

Unsur Penilaian

Pendeklamator 1

Pendeklamator 2

Gaya dan aksi

vokal

Intonasi

Mimik Muka/Mimos

Bahasa tubu

Nada

Penghayatan

Kemahiran Berfikir – kreatif

Teknik : Puisidra

Lampiran 1

Sajak “Aduhai Bapa” karya Hashim Yaacob

Lampiran 2

Edaran LPG (Borang Penilaian Teknik Pendeklamasian Sajak)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan

i. Unsur nilai kemanusiaan

-Semangat patriotik

-Sanggup mempertahankan Negara

-Sedia berkorban

-Amanah

-berkarisma

ii. Unsur Pengajaran

-Hendaklah bersemangat pariotik

-Hendaklah sedia berkorban.

-Hendaklah bersedia untu mempertahankan negara.

-Hendaklah amanah ketika memimpin

-Pemimpin hendaklah mempunyai karisma dalam memimpin

Langkah 2

1. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan perwatakan pendeklamator dengan nilai dalam sajak

2. Guru meminta murid mengenal pasti nilai kemanusiaan dan pengajaran yang terdapat dalam sajak “Aduhai Bapa” untuk diisi ke dalam Borang LPG nilai dan pengajaran

Contoh Puisi

Nilai

Pengajaran

Ketika mereka membedil

Dan kubu kita dikepung

Aku tegak membenteng

Menyanggah pengangkara murka.

Dan aku menggali telaga

Membasuh luka-luka pembela

Bila kering air di pipa

Ini garisan bangsa

Aku jaga, aku pertahan

Aduhai bapa

Jangan kaubawa penderhaka

Ke dalam kubu kita.

Objektif (i) dan (ii) tercapai

Teknik Soal jawab

Lampiran 3

Edaran borang LPG (Nilai dan Pengajaran)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan

i. Hubungkait nilai

kemanusiaan dengan

kehidupan seharian

- Berkorban dikaitkan semangat untuk berjuang

- Berkarisma dikaitkan dengan tingkah laku pemimpin

- Amanah dikaitkan dengan aktiviti memimpin organisasi atau entiti

- Semangat Patriotik dikaitkan dengan aktiviti menaikkan imej negara

Langkah 3

1. Guru membuat agihan kumpulan (satu kumpulan empat orang murid).

2. Setiap kumpulan diminta menghasilkan sekurang-kurangnya dua rangkap pantun empat kerat menggunakan nilai kemanusiaan dalam sajak “Aduhai Bapa” yang dikaitkan dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Contoh:

Nilai kemanusiaan : berkorban untuk negara

Pantun Empat Kerat

Bunga Melati ditapak tangan,

Mari disunting dara jelita;

Musuh dinanti mengundur jangan,

Berputih tulang untuk Negara.

3. Setiap kumpulan mempersembahkan pantun masing-masing sambil menyanyikan lagu rakyat “Rasa Sayang”

Aktiviti :

Perbincangan dan Percambahan Fikiran

Kaedah Verbal-Linguistik

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan

i. Hubungkait nilai

kemanusiaan dan

pengajaran dengan

ilmu psikologi

keibubapaan

- Ibu bapa sebagai pemimpin

- Ibu bapa sebagai ‘role model’

- Ibu mengamalkan nilai kemanusian cemerlang

- Ibu bapa menjadi unsur pengajaran positif sebagai panduan memimpin keluarga

- Tanggungjawab ibu bapa untuk melahirkan anak-anak/insan yang terasuh

Langkah 4

1. Dalam agihan kumpulan (satu kumpulan empat orang murid) yang sama, guru membimbing murid untuk menghasilkan resolusi berdasarkan nilai dan pengajaran dalam sajak “Aduhai Bapa” menggunakan ilmu psikologi keibubapaan dengan berpaksikan jadual ibu bapa sebagai ‘role model’.



Ibu bapa sebagai pemimpin dan ‘role model’










Insan/Anak-anak terasuh

Unsur pengajaran positif

Nilai kemanusiaan cemerlang

+ =

Nilai Kemanusiaan: Berkarisma

Unsur Pengajaran : Sebagai pemimpin keluarga, ibu bapa hendaklah mempunyai karisma dalam membimbing anak-anak/ahli keluarga.

Resolusi : Dengan merendah diri, kami, Ibu bapa berikrar untuk mengamalkan nilai kemanusiaan cemerlang yang berpandukan dengan unsur pengajaran positif bagi menghasilkan anak-anak/insan yang terasuh.

Kemahiran Berfikir- kreatif

Kaedah Verbal-Linguistik

Aktiviti :

Perbincangan dan Percambahan Fikiran

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan

ii) Resolusi Pemimpin Masa Hadapan

- Nilai kemanusiaan yang positif

Gurindam 12 Fasal yang Kesebelas

Contoh

- Berjasa kepada negara

- Berbuat baik kepada orang lain

- Amanah apabila diberi kepercayaan

- Bentuk Resolusi

Kami bertekad untuk (nilai kemanusiaan)

(kaitkan dengan kehidupan seharian)

2. Setiap kumpulan diminta berbincang untuk menghasilkan sekurang-kurangnya empat rangkap gurindam menggunakan nilai kemanusiaan dalam sajak dan membuat resolusi

Contoh: Gurindam 12 Fasal yang Kesebelas karya Raja Ali Haji

Hendaklah memegang amanat,,

buanglah khianat

Hendaklah menjadi kepala, buang

Perangai yang cela

Hendaklah berjasa,

kepada sebangsa

i) ii) iii)

Nilai kemanusiaan : i) berjasa kepada negara ii) berbuat baik kepada orang lain

iii) amanah

Resolusi:

i) Berdasarkan perbincangan, kami bertekad untuk berjasa kepada negara jika dipilih oleh rakyat untuk menjadi pemimpin.

i) Berdasarkan perbincangan, kami bertekad untuk berbuat baik apabila menyumbangkan khidmat kepada negara.

i) Berdasarkan perbincangan, sebagai pemimpin, kami bertekad untuk memegang amanah yang diberikan oleh rakyat ketika berurusan dengan orang lain.

3. Setiap kumpulan membentangkan resolusi.

Objektif (iii) tercapai

Kemahiran Berfikir- kreatif

Kaedah Verbal-Linguistik

Aktiviti :

Perbincangan dan Percambahan Fikiran

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan

ii) Tokoh Bapa Kemerdekaan Negara

Al Marhum Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj

- Nilai kepemimpinan

- Unsur pengajaran yang boleh diteladani

- Sumbangan terhadap negara

Langkah Peneguhan dan Penilaian

i. Guru memperdengarkan rakaman lagu ‘Bapak’ yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman.

ii. Sebagai peneguhan dan penilaian, murid diminta menyenaraikan nilai kemanusiaan dan unsur pengajaran berkaitan tokoh Al Marhum Tunku Abd. Rahman Putra Al-Haj yang terdapat dalam setiap rangkap lagu dan menulis sinopsis sumbangannya .(Edaran Lembaran Kerja seni kata lagu ‘Bapak’)

Objektif (iii) tercapai

KaedahICT-

www.youtube.com/

watch?v=oCPuSAB_

Xzw

Kemahiran Berfikir- kreatif

Aktiviti : Percambahan Fikiran

Lampiran




Bapak

Lihat ladang kita

Terbentang luas

Subur dan menghijau

Tanah yang merdeka

Bapak

Ini rumah kita

Pusaka peninggalan

Untuk melindung keluarga yang merdeka

Bapak

Yang hendak ku kata

Pengorbananmu

Memberikan kami

Tanah yang merdeka

(Ulang semua rangkap)

4 Senikata lagu ‘Bapak’ nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad

Digubal oleh : En. Abd Razak bin Abd Malek SMK Segambut, Kuala Lumpur

En. Asmahudi bin Ahmad SMK Kunak, Sabah

No comments:

Post a Comment