Monday, February 14, 2011

PSV : menyuarat oanitia kali pertama.

KOLEJ SULTAN ABDUL HAMID

05460 ALOR SETAR, KEDAH.

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI PERTAMA 2011

Tarikh:

Masa: 02.15 Petang

Kehadiran:

En.Aminordin Bin Che lah (GKK)

En. Ahmad Murad Bin Abdul Samat.

En.Mohamad Indra Bin Ismail

Catatan Mesyuarat:

i. Ucapan Alu-Aluan Pengerusi

Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan merakamkan ucapan jutaan terima kasih kerana kesudian hali-ahli Panitia Pendidikan Seni Visual yang dapat menghadirkan diri pada mesyuarat Panitia kali pertama.

2. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat.

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke 4 (2010) dan dicadangkan untuk disahkan oleh En.Mohamad Indra Bin Ismail dan disokong oleh En .Ahmad Murad Bin Abdul Samat.

3. Perkara Berbangkit

En.Ahmad Murad membangkitkan perkara mengenai bekalan elektrik yang sering mengalami gangguan di Blok Tingkatan 2.Keadaan ini menyebabkan situasi yang kurang selesa untuk belajar kerana cuaca yang panas serta suasana yang agak kelam kerana kekurangan cahaya.perlu dilaksanakan tindakan segera bagi mengatasi masalah ini yang sudah lama berlarutan.diharapkan aka nada tindakan susulan pada kadar seger

Tindakan : Pentadbir.

4. Melaksanakan Program Pemantauan Kurikulum Berkualiti.

Semua guru Pendidikan Seni Visual dikehendaki menghantar Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran kepada Guru Kanan masing-masing mengikut ketetapan tarikh dan waktu yang telah ditetapkan pada setiap minggu.Dalam masa yang sama semua guru PSV di minta merujuk jadual pencerapan dan penyeliaan yang telah diberikan serta berhubung dengan pencerap-pencerap lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.

Tindakan :Semua Guru PSV

5. Profil Akademik Pelajar dan Head Count.

Profil Akademik Pelajar (PAP) beradasarlan kepada pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 2010.Sehubungan dengan itu minta perhatian kepada semua ahli panitia untuk mengambil langkah-langkah yang perlu bagi tujuan menyiapkan PAP.

Tindakan: Semua Guru PSV

6. Semakan Prestasi Perbelanjaan

Pengerusi menerangkan mengenai prestasi perbelanjaan bagi setiap panitia.Proses perbrlanjaan hendaklah mengikut prosedur yang telah ditetapkan dan perlu dipatuhi oleh semua ahli panitia PSV dari masa ke semasa.

Tindakan: Semua Ahli Panitia PSV

7 Pencapaian kokurikulum.

Semua pelajar diminta melibatkan diri dalam setiap aktiviti kokurikkulum terutama yang melibatkan aktiviti yang ada hubungkait dengan Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.Dalam masa yang sama dapat menggunakan semua ilmu yang dipelajari .Semua guru panitia digalakkan mengambil bahagian dan memainkan peranan yang aktif dalam setiap aktiviti didalam dan di luar kelas dalam usaha untuk memantapkan ilmu dan penguasaan kemahiran pelajar.

Tindakan : Semua Guru PSV

8. Program Pusat Sumber Sekolah.

Hasil Lukisan dan kerja tangan pelajar perlu disimpan dan di letakkan di pusat sumber untuk dibuat rujukan dan dijadikan bahan pameran.hasil-hasil yang baik dapat digunakan untuk dijadikan Bahan Bantu Mengajar BBM.Wujudkan Pusat Sumber di Bilik PSV bagi dijadikan rujukan pelajar dan untuk dipamerkan.

Tindakan : Ketua Panitia PSV

9 .E-Pembelajaran

Semua guru PSV diminta menyediakan kemudahan pembelajaran melalui kaedah E-Pembelajaan.Sehubungan dengan itu guru-guru di minta menyiapkan Blog di Internet bagi setiap mata pelajaran yang diajar.Kandungannya mestilah yang ada hubungkait dengan mata pelajaran setiap blog dan akan menjadi rujukan kepada pelajar .

Tindakan : semua Guru panitia

10. Program Pembangunan Staff

Semua guru PSV diminta menghadiri dan menyertai setiap program yang melibatkan pembangunan staff bagi tujuan penambahbaikan ilmu dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran serta menambahkan pengetahuan.

Tindakan: Semua guru PSV

2.14 Isu Semasa:

2.14.1 Analisis Peperiksaan Akhir Tahun.

Ketua Panitia membentangkan analisis pencapaian mata pelajaran PSV pada

peperiksaan akhir tahun 2011.

Tindakan: Semua Guru psv

2.14.2 Perancangan Awal Tahun.

Ketua Panitia menerangkan perancangan-perancangan yang perlu dilakukan pada awal tahun sebelum sesi pengajaran dan pembelaran bermula.Dalam masa yang sama persediaan buku rancangan perlu dilakukan dengan memasukkan perkara-perkara penting terutamanya rancangan pengajaran dan pembelajaran.Disamping itu jadual penggunaan bilik PSV perlu disiapkan pada kadar segera dalam usaha memudahkan urusan selanjutnya.

Tindakan: semua guru PSV

2.14.3 Perancangan Kewangan.

Semua Guru Panitia diminta mengurus dan merancang perbelanjaan untuk tahun 2011 berdasarkan jumlah peruntukan dan baki wang yang ada.Disarankan supaya menjalankan perbelanjaan berhemat dan bersesuaian dengan kemampuan.

Tindakan : Semua Guru PSV

3. Hal-hal lain.

3.1 Dipohon kerjasama semua guru agar menggunakan skema pemarkahan yang ditetapkan oleh ketua panitia supaya dapat diselaraskan pencapaian dan prestasi pelajar.

3.2 Ketua Panitia memaklumkan akan membeli peralatan dan Bahan Bantu mengajar yang diperlukan .Setiap pepmelian perlu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

3.3 Semua Guru PSV yang menghadiri mana –mana kursus di luar sekolah perlu menyiap dan menaghantarkan Minit Curai (borang L) kepada Tuan Pengetua seberapa segera yang boleh untuk tujuan dokumentasi sekolah.

3.4 Semua Guru PSV juga diingatkan agar menyerahkan markah pada tarikh-tarikh yang telah ditetapkan oleh bahagian peperiksaan bagi tujuan memudahkan tindakan selanjutnya.Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan berlakunya gangguan kepada pihak sekolah menyalurkan maklumat dan keputusan peperikasaan kepada pihak waris.

3.5 Pengerusi menyarankan agar guru-guru sentiasa bermotivasi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran kerana ianya banyak mempengaruhi perubahan sikap dan minat pelajar untuk menguasai kemahiran yang hendak disampaikan.Ketepatan masa dan menjalankan tugas berdasarkan perancangan yang strategik akan mampu membantu pelajar untuk mendepani arus perubahan dan cabaran dalam memburu kejayaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.

Disediakan Oleh: DIsemak oleh:

…………………………………………….. ………………………………………………..

(MOHAMAD INDRA BIN ISMAIL) ( AMINORDIN BIN CHE LAH (GKK)

Setuausaha Panitia PSV Guru Kanan Kemanusiaan

No comments:

Post a Comment