Tuesday, February 15, 2011

Puis Moden Ting Empat : Mahsuri

MODUL 1

Tingkatan : Empat

Masa : 80 minit

Tajuk : Mahsuri

Genre : Puisi Moden (Sajak)

Fokus Utama: 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan

dalam karya.

Aras 1 (v) Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan dalam

karya.

.

Fokus Sampingan: 7.6 Membezakan fakta dengan pandangan dalam bahan yang dirujuk.

Aras 1 (vi) Mengenal pasti pernyataan fakta dan penafsiran dalam teks.

Aras 2 (iii) Membandingkan pernyataan fakta dan pandangan untuk mendapatkan maklumat yang tepat

tentang sesuatu perkara dan isu.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan sekurang-kurang 5 pandangan berkaitan watak Mahsuri dalam kesemua rangkap sajak secara lisan.

ii. Mengenal pasti pernyataan fakta dan penafsiran berkaitan watak Mahsuri .

iii. Membandingkan pernyataan fakta dan pandangan berkaitan Mahsuri untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

iv. Menyenaraikan ciri-ciri perwatakan Mahsuri berdasarkan cerita lagenda Mahsuri.

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran Menulis

Fokus Sampingan: Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Sintaksis : Ayat Majmuk

Kosa Kata: Umum: tetamu,mewarnai, telaga, disimbah

Istilah: selendang, dendam, sumpah

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Sastera, Sejarah dan Ekonomi

Nilai: Menghargai warisan sejarah, Mengenang jasa tokoh

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir

- Membanding dan membeza

- Menyusun Maklumat

Kemahiran ICT

- Menghubungkait maklumat dengan fakta dan pandangan

Konstruktivisme

- Membina pandangan dan fakta

- Membina ayat majmuk

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

1

Sejarah Pulau Langkawi

Murid dipertontonkan klip video pemandangan Pulau Langkawi.

i. Murid membayangkan berada di pantai Pulau Langkawi yang putih bersih

dengan iringan muzik latar suasana santai.

Sambil memejam mata, murid diminta melakukan aktiviti dengan

berpandukan arahan yang diberi . (latar zaman Mahsuri- aktiviti menuai padi )

ii. Guru memberi ulasan tentang kemajuan pesat Langkawi pada era ini.

iii. Murid menyenaraikan tempat-tempat menarik dan aktiviti pelancongan yang terdapat di Pulau Langkawi.

Contoh :

Tempat- tempat Menarik di Pulau Langkawi

Aktiviti Pelancongan yang dijalankan

Gunung Mat Cincang

Perkhidmatan kereta kabel

Padang Mat Sirat

Pameran LIMA

Bandar Kuah

Pusat beli belah bebas cukai

Pulau Dayang Bunting

Muara pertemuan air tawar dan air masin

Induksi Set

ICT- Klip video

Pemandangan

Pulau Langkawi

www.malaysia

vacationguide.

com/pulaulangkawi.

html

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

2

Sajak ‘Mahsuri’

i. Murid mendeklamasikan sajak ‘Mahsuri’.

ii. Guru mengulas sajak dengan mengaitkan ketokohan Mahsuri yang menjadi

lagenda Pulau Langkawi.

iii. Murid menyenaraikan sekurang-kurang lima pandangan penyair berkaitan dengan

watak Mahsuri dalam sajak.

Baris sajak

Pandangan penyair

Selendangmu mengibar di pantai

Menyambut tetamu pulau

Mahsuri menerima kedatangan orang lain ke Pulau Langkawi dengan tangan terbuka

Setiamu menjadi lagu nyanyian ombak pagi

Mahsuri tetap setia menunggu kehadiran tetamu dalam suasana yang damai

Rambutmu menjadi jalur hitam terapung di laut malam

Rambut Mahsuri begitu halus ketika mengurai.

Air matamu dingin embun jatuh di tujuh telaga

Air mata Mahsuri menjadi lambang kedinginan air telaga

Mahsuri membesarkan Langkawi

Sastera membesarkan tanah air

Cerita lagenda Mahsuri dalam bidang sastera menjadikan Pulau Langkawi semakin terkenal

Objektif (i)

tercapai

ICT- Klip video lagu Lagenda Mahsuri

www.youtube.com/

watch?v=OYLRU1C1cPg

Konstruktivisme-

Membina pandangan

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

3

Mengenal pasti Fakta dan Penafsiran

i. Secara lisan, murid berbincang dan menulis baris sajak yang mempunyai fakta dan tafsiran penyair dalam setiap rangkap.

ii. Murid membahagikan fakta dan tafsiran penyair dalam sajak.

Fakta

Penafsiran Penyair

Mahsuri seorang gadis yang mengenakan busana Melayu

Selendang yang dipakai oleh Mahsuri

Rambut Mahsuri hitam dan halus mengurai

Rambut merupakan mahkota wanita yang perlu dijaga dengan rapi

Air mata Mahsuri

Air mata Mahsuri melambangkan kedinginan air di Pulau Langkawi

Darah Mahsuri berwarna putih

Warna darah putih melambangkan kemakmuran Langkawi

Mahsuri hidup dalam dunia sastera

Mahsuri merupakan khayalan seorang seniman, cerita yang dilebih-lebihkan

Cerita lagenda Mahsuri

Memakmurkan Langkawi

Pulau Langkawi makmur setelah terlepas daripada sumpahan tujuh keturunan

Objektif (ii) tercapai

KB – Menyusun Maklumat

Konstruktivisme-

Membina fakta dan tafsiran

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

4

Membanding dan Membeza Fakta dengan Pandangan

i. Daripada fakta dan tafsiran penyair dalam sajak, murid membanding dan membezakan fakta dengan pandangan .

Persamaan

Perbezaan

1. Mahsuri seorang gadis Melayu (Fakta)

1. Kemungkinan Mahsuri berketurunan Siam berasaskan keturunannya banyak tinggal di Siam (fakta)

2. Kebanyakan wanita Melayu memakai selendang sebagai lambang kewanitaan.

2. Kemungkinan wanita Melayu zaman dahulu memakai kain kelubung (pandangan)

3. Darah manusia berwarna merah (fakta)

3. Darah Mahsuri berwarna putih. (pandangan)

4. Cerita Mahsuri hanya rekaan (fakta)

4. Mahsuri jadi bahan cerita lagenda dunia sastera (fakta)

5. Kemahsyuran Langkawi tidak boleh dikaitkan dengan cerita lagenda Mahsuri (pandangan)

5. Mahsuri menjadi ikon kepada penduduk Pulau Langkawi (Fakta)

Objektif (iii) tercapai

Konstruktivisme

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

4

ii. Murid menulis ayat majmuk bagi membanding dan membezakan fakta

dengan pandangan berkaitan Mahsuri

Ayat Majmuk

Contoh:

Persamaan

1. Mahsuri seorang gadis Melayu berkemungkinan juga dia berketurunan Siam.

2. Mahsuri jadi bahan cerita lagenda dunia sastera di samping masyarakat

menganggap Cerita Mahsuri hanyalah cerita rekaan sahaja

Perbezaan

3. Darah manusia berwarna merah manakala darah Mahsuri berwarna putih.

4. Kebanyakan wanita Melayu memakai selendang sebagai lambang

kewanitaan tetapi pada zaman dahulu ada juga daripada kalangan mereka

menggunakan kain kelubung sebagai penutup kepala.

Objektif (iii) tercapai

Konstruktivisme- Membina Ayat Majmuk

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

5

Peneguhan dan Penilaian

i. Murid menyenaraikan perwatakan Mahsuri berdasarkan cerita lagenda Mahsuri sebagai peneguhan dan penilaian tugasan.

Objektif (iv) tercapai

Konstruktivisme-

Membina perwatakan

Petikan Lagenda Mahsuri

www.geocities.com/

lagenda.html

Lampiran






Cerita Lagenda Mahsuri

http://ms.wikipedia.org/skins-1.5/common/images/magnify-clip.png Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

Kehidupan

Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.

Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi. [1]

Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan seorang anak perempuan bernama Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, dikatakan kejelitaan Mahsuri membawa kepada buah mulut dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita.

Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.




Cerita Lagenda Mahsuri (samb.)

http://ms.wikipedia.org/skins-1.5/common/images/magnify-clip.pngFitnah

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan beliau, Mahsuri dikhabarkan tinggal bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di alang rumahnya.Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ia seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.



Cerita Lagenda Mahsuri (samb.)

Sumpahan Mahsuri

Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.

Penutup Sumpahan

Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.


Digubal oleh : En. Abd Razak bin Abd Malek SMK Segambut, Kuala Lumpur

En. Asmahudi bin Ahmad SMK Kunak, Sabah

No comments:

Post a Comment