Tuesday, February 15, 2011

Gurindam 12 Fasal ke 11

MODUL 1

Tingkatan : Lima

Masa : 40 minit

Tajuk : Gurindam 12 – Fasal ke-11

Aspek Sastera : (i) Tema dalam puisi

(ii) Bentuk

(iii) Menghasilkan tiga rangkap gurindam

Genre: Puisi Melayu Tradisional

Hasil Pembelajarann Utama : 4.0 Menghuraikan tema dan persoalan dalam puisi.

4.1 Menerangkan definisi tema dan persoalan.

Aras 1 (i) Menyatakan definisi

(ii) Menyenaraikan jenis tema.

Aras 2 (i) Menjelaskan tema dalam puisi.

Hasil Pembelajaran Khusus: 5.0 Menganalisis puisi

5.1 Menghuraikan bentuk puisi yang dikaji

Aras 1 (i) Menyatakan bilangan rangkap dan baris dalam puisi.

(ii) Menyatakan bilangan suku kata dan perkataan dalam baris puisi.

(iii) Menyatakan rima akhir puisi.

Aras 2 (i) Menentukan bentuk puisi sama ada bebas atau terikat

Huraian Hasil Pembelajaran :

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menghurai tema gurindam.

ii. Menyenarai empat bentuk gurindam

iii. Membuat perbandingan bentuk gurindam dengan puisi lain.

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Pendidikan moral, peraturan sosio budaya.

Nilai: Hormat menghormati, berhemah tinggi.

Kemahiran Bernilai Tambah: Belajar Cara Belajar

Pendekatan :

Aktiviti :

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT/Catatan

Contoh:

1. Menegur secara terus terang

2. melalui lagu

3. Melalui tulisan cerpen/drama

Set induksi

i) Murid diminta mengemukakan beberapa carayang biasa digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan nasihat, teguran ataupun sindiran.

ii) Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran.

Langkah 1

i) Beberapa orang murid dipilih untuk melagukan gurindam mengikut kreativiti masing masing.

ii) Murid mendengar penjelasan guru tentang cara mengesan tema dalam puisi tradisional.

iii) Secara berpasangan, murid cuba menyatakan tema gurindam.

iv) Wakil daripada 4 kumpulan pasangan murid diminta menuliskan tema mereka pada papan putih.

v) Guru membuat rumusan tentang tema yang dikemukakan oleh murid.

vi) Murid mencatat tema gurindam ke dalam buku latihan.

Teknik perbincangan

- kemahiran bertutur

Teknik percambahan fikiran.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT/Catatan

Langkah 2

i. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Kumpulan 1 dan kumpulan 2 menyenaraikan bentuk pantun 2 kerat manakala kumpulan 3 dan 4 menyenaraikan bentuk gurindam.

ii. Wakil kumpulan menulis hasil perbincangan masing-masing di papan putih.

iii. Guru membuat rumusan tentang bentuk gurindam serta persamaan dan perbezaannya dengan pantun dua kerat.

Langkah 3

i) Murid diberikan lembaran pengurusan grafik banding beza puisi tradisional.

ii) Murid melengkapkan lembaran pengurusan grafik berdasarkan rumusan yang dibuat oleh guru dan melekatkannya ke dalam buku.

Belajar Cara Belajar

- Kemahiran mendengar

- kemahiran mencatat

BBM:

Lembaran pengurusan grafik banding beza.

KBT:

Kemahiran menulis

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan

Langkah 4

Penutup dan peneguhan.

i. Guru membuat refleksi aspek sastera yang telah diajar pada hari tersebut.

ii. Guru dan murid bersama-sama melagukan gurindam mengikut irama.

BBM:

Rakaman lagu.

Lampiran 1 ( LPG Banding Beza)









No comments:

Post a Comment