Tuesday, February 15, 2011

Gelanggand Tok Wali : Genre Drama Ting 4

Tingkatan: 4

Masa: 7.30 – 8.50

Tajuk: Gelanggang Tuk Wali

Genre: Drama

Fokus Utama: 10.4 Menyatakan pemikiran dan persoalan

Aras 3 (iv) Menganalisis kekuatan dan kelemahan karya

Fokus Sampingan: 2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk mencapai tujuan perbincangan

Aras 1 (iii) Mendengar pendapat yang dikemukakan untuk memberikan respons yang sesuai

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan dan menghuraikan pemikiran dalam drama secara bertulis

ii. Menyenaraikan dan menghuraikan empat persoalan dalam drama

iii. Melengkapkan jadual persoalan dan peristiwa berdasarkan drama

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran mendengar dan bertutur

Fokus Sampingan: Kemahiran menulis

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Cakap ajuk cakap pindah

Kosa Kata: Umum: histeria, tengkolok, srikandi, copot, kecundang

Istilah: rongga hidung, jurus tari silat, tongkat ali, melankolik

Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Kemasyarakatan, Warisan Budaya Bangsa (ilmu persilatan)

Nilai: Keberanian, ketaatan, kasih sayang, menghargai alam semula jadi

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran Berfikir::

Membuat kesimpulan

Menilai

Menghubungkaitkan

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian Formatif

KBT/Catatan

1

2

3

4

Set Induksi

1.1 Guru menunjukkan sekeping gambar keris dan meminta murid mengaitkan gambar tersebut dengan pahlawan Melayu.

1.2 Guru menanyakan murid beberapa soalan yang berkaitan dengan penggunaan keris dalam kalangan masyarakat Melayu

1.3 Guru mengaitkan penggunaan keris dengan isi pelajaran pada hari ini.

2.1 Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan:

  • Kumpulan 1
  • Kumpulan 2
  • Kumpulan 3
  • Kumpulan 4
  • Kumpulan 5

2.2 Guru meminta setiap kumpulan menyatakan pemikiran dan menyenaraikan empat persoalan yang terdapat dalam drama

2.3 Guru meminta setiap kumpulan menghantar wakil untuk membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing

2.4 Guru meminta murid mencatat hasil perbincangan dan menghuraikan dapatan daripada perbincangan tersebut

3.1 Guru mengedarkan helaian latihan yang mengandungi jadual persoalan drama

3.2 Guru meminta murid melengkapkan jadual dengan menyatakan peristiwa yang bersesuaian dengan persoalan dalam drama

3.3 Guru dan murid bersama-sama membincangkan jawapan dan murid menulis jawapan di helaian latihan mereka

Penilaian dan pengukuhan

4.1 Guru meminta murid menyatakan pemikiran dan persoalan yang terdapat dalam drama

4.2 Guru membuat rumusan dan meminta murid menghantar tugasan

Murid telah membaca teks drama

Objektif i telah tercapai

Objektif ii telah tercapai

Objektif iii telah tercapai

Ojektif tercapai

Lampiran 1

Lampiran 2

Kemahiran berfikir:

Menghubungkaitkan

Kaedah:

Kumpulan

Teknik: Sumbangsaran

Lampiran 3

Kemahiran berfikir: Menilai

Lampiran 4

Kemahiran berfikir:

Menghubungkaitkan

Lampiran 1

(Gambar Keris)

Lampiran 2 (Soal Jawab Guru dan Murid)

1. Siapakah yang tahu jenis senjata dalam gambar ini?

2. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat keris?

3. Apakah kegunaan keris?

4. Nyatakan tempat dan masa yang sesuai sewaktu menggunakan keris.

5. Mengapakah keris menjadi lambang kekuatan kepada orang Melayu?

Lampiran 3

1. Jangkaan Jawapan Pemikiran dan Huraian

2. Jangkaan Jawapan Persoalan dan Huraian

Pemikiran

Kekentalan semangat juang dan jati diri seorang guru silat dalam mempertahankan warisan budaya bangsanya yang pada suatu ketika dahulu menjadi kebanggaan generasi lama.

Tuk Wali atau nama sebenarnya Wak Raja Waliudin bin Raja Agus Salam merupakan seorang guru silat yang terkenal dan mempunyai kehebatan yang tersendiri. Tuk Wali banyak mencurah jasa kepada kesejahteraan kampungnya dengan mengajar anak-anak muda ilmu persilatan dan berjaya mempertahankan kampung mereka daripada serangan komunis. Tuk Wali menyandarkan harapan kepada dua orang anak muridnya yang masih setia dalam ilmu persilatan, iaitu Ripin dan Mariam agar meneruskan perjuangan mereka memartabatkan ilmu persilatan.

Persoalan

Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya

Pergolakan masyarakat khususnya golongan muda pada hari ini yang semakin melupakan nilai-nilai budaya yang perlu dipelihara dan diamalkan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat. Contohnya, empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.

Masalah sosial dalam masyarakat

Berlaku pelbagai masalah sosial seperti penyalahgunaan dadah, dengki khianat dan tamak haloba yang akhirnya membawa padah dan kehancuran kepada masyarakat pada hari ini. Contohnya, Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Kepercayaan lama dalam masyarakat

Mengamalkan pantang larang dan petua dalam menjalankan kerja-kerja seharian seperti masuk ke hutan untuk menebang pokok atau rotan. Contohnya, Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil.

Keberanian

Keberanian seorang tua yang mempunyai kehebatan dalam ilmu persilatan dan handal bermain senjata. Contohnya, Tuk Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan komunis.

Kemusnahan alam semula jadi

Terdapat ahli masyarakat yang tidak menghargai alam semula jadi dan mementingkan diri sendiri. Contohnya, Guan dan Berahim yang memusnahkan alam semula jadi sewaktu mengambil hasil hutan seperti tongkat ali, pasak bumi dan rancang besi semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Lampiran 4

Latihan (Jadual Persoalan & Peristiwa)

Lengkapkan jadual di bawah dengan menulis peristiwa yang berkaitan.

Bil

Persoalan

Peristiwa

1

Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya


2

Masalah sosial dalam masyarakat


3

Kepercayaan lama dalam masyarakat


4

Keberanian


Jawapan Latihan

Bil

Persoalan

Peristiwa

1

Golongan muda yang semakin melupakan nilai-nilai budaya

Empat orang pemuda yang datang untuk belajar silat dengan Tuk Wali telah menimbulkan kekecohan sehingga mencetuskan pergaduhan antara Tuk Wali dan Siak.

2

Masalah sosial dalam masyarakat

Piee (cucu tiri Tuk Wali) terlibat dalam penyalahgunaan dadah, sanggup mencuri wang Tuk Wali yang berjumlah RM2,000.00. Selain itu turut mencuri biola dan keris kepunyaan Tuk Wali.

3

Kepercayaan lama dalam masyarakat

Tuk Wali tidak akan menebang pokok yang sedang berbunga atau pokok yang masih kecil.

4

Keberanian

Tuk Wali berjaya mengalahkan empat orang perompak bersenjata dan mempertahankan kampung daripada serangan komunis.

No comments:

Post a Comment