Tuesday, February 15, 2011

Prosa Tradisional Ting.4: Hikayat Indera Nata

MODUL 2

Tingkatan : Empat

Masa : 80 minit

Tajuk : Hikayat Indera Nata

Genre: Prosa Tradisional

Fokus Utama: 10.6 Mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan.

Aras 1:

v. Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa dan sudut pandangan dalam karya.

Fokus Sampingan: 7.3 Mengemukakan soalan untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

Aras :

iii. Membina dan mengajukan soalan bercapah aras rendah dan tinggi untuk mendapat penjelasan lanjut.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyenaraikan lima watak dan perwatakan Indera Nata berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

ii. Memberikan maksud perkataan berdasarkan konteks cerita.

iii. Membina lima ayat tanya dengan menggunakan pelbagai kata tanya.

Kemahiran Bahasa: Fokus Utama: Kemahiran Membaca

Fokus Sampingan: Kemahiran Lisan

Sistem Bahasa:

Tatabahasa: Ayat Tanya

Kosa Kata:

Umum: cetera, mergastua, lembur, berseru-seru, kabul

Istilah:

Pengisian Kurikulum:

Ilmu: Kesusasteraan Melayu

Nilai: Berani, bijaksana, prihatin, menghormati orang tua

Kemahiran Bernilai Tambah: Kemahiran berfikir kritis - menghubungkaitkan, menganalisis, teori kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme

BCB: Membaca intensif

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

Set Induksi

  • Guru meminta murid-murid menyanyikan lagu ‘Anaklah Ikan’ dengan menggunakan pantun daripada teks kajian.
  • Guru mengaitkan pantun dengan pelajaran pada hari ini.

Pantun:



Rakit-rakit dari Inderagiri,

Menyeberang hendak ke Pulau Jawa;

Jikalau tuan puteri suka menyerahkan diri,

Nanti esok kakanda bawa.


Pelita dua tanglung pun dua,

Dari rumah laksamana;

Diam juga sabarkan juga,

Jika untung tiada ke mana.

Ikan pari bertelur beribu,

Bertelur sejengkal juga;

Hujan arah ke langit biru,

Tawakalku dapat juga.

Teori kecerdasan pelbagai

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

1

Membaca Teks Secara Intensif:

  1. Murid-murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
  2. Murid-murid membaca teks secara intensif dan menganalisis watak dan perwatakan Indera Nata.
  3. Murid-murid mengaitkan watak dan perwatakan dengan peristiwa dalam teks.

Watak dan Perwatakan Indera Nata

  1. Digelar SiPiatu
  2. Anak Raja Rom
  3. Elok parasnya
  4. Berani – Indera Nata berani berhadapan dengan binatang-binatang yang buas
  5. Mempunyai keistimewaan luar biasa – Indera Nata boleh bercakap-cakap dengan binatang/menyuruh binatang mengikut arahannya
  6. Bijaksana – Indera Nata bijak dalam menyelesaikan masalah. Contohnya memohon bantuan Betara Gangga untuk menyeberang lautan.
  7. Prihatin – Indera Nata amat prihatin terhadap nasib yang menimpa ibunya.
  8. Menghormati orang tua – sembah hormat semasa berjumpa bondanya

Mencapai objektif pertama

BCB – membaca secara intensif

KB – mengenal pasti

menganalisis

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

2

Aktiviti Kerusi Panas:

  1. Guru memilih seorang murid untuk duduk di kerusi di hadapan kelas.
  2. Guru meminta murid tersebut membayangkan dirinya sebagai Indera Nata.
  3. Guru menyuruh murid-murid yang lain untuk mengemukakan soalan yang berkaitan dengan watak.

Jangkaan Jawapan

i. Mengapa kamu pergi ke mahligai tersebut?

ii. Siapakah yang mengajar anda bercakap dengan binatang?

iii. Apakah gunanya gading gajah emas tersebut?

iv. Apakah kemahiran anda selain boleh bercakap dengan binatang?

vi. Mengapa anda membiarkan raksasa itu dibunuh sedangkan anda tidak dicederakan?

  1. Guru mengulas dan membuat rumusan tentang watak dan perwatakan Indera Nata.

Mencapai objektif kedua

KB – mengaitkan

Teori

kecerdasan pelbagai

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

3

4

Membina Ayat Tanya:

  1. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang kata tanya yang telah dipelajari.
  2. Guru menayangkan petikan kepada murid-murid. (Lampiran 1)
  3. Guru meminta murid-murid membaca teks dan membina ayat tanya berdasarkan ayat-ayat yang digariskan.
  4. Guru menyuruh murid-murid membacakan contoh-contoh ayat tanya yang telah dibina.

Memberikan Maksud Perkataan

  1. Guru menayangkan perkatan-perkataan di layar.

Cetera mergastua lembur berseru-seru kabul

  1. Guru meminta murid-murid meneka maksud perkataan berdasarkan ayat dalam teks kajian.
  2. Guru menyuruh beberapa orang murid mencari maksud berdasarkan kamus yang diberi.
  3. Murid-murid membanding beza jawapan yang diberikan oleh murid-murid dengan maksud dalam kamus.
  4. Murid-murid mencatat kosa kata tersebut dalam buku catatan.

Mencapai objektif kedua

Mencapai objektif ketiga

LCD

KB – mengenal pasti

BCB – Membaca intensif

LCD

Kamus Dewan Edisi 4

Langkah

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Penilaian

Formatif

KBT / Catatan

Peneguhan &

Penilaian

  • Guru bersoal jawab dengan murid tentang pernyataan berikut:

Maka Indera Nata pun amat takut, katanya, “Hai tuan puteri, betapa bicara kakanda ini, kalau didapatinya kakanda ini oleh raksasa itu?”

a. Adakah benar Indera Nata itu berani berdasarkan pernyataan tersebut?

b. Mengapa anda berkata begitu.

Jangkaan Jawapan:

i. Indera Nata seorang yang berani tetapi dia berhati-hati.

ii. Indera Nata takut tertangkap.

iii. Indera Nata tidak takut dengan binatang buas tetapi takut

dengan raksasa

  • Guru membuat rumusan pelajaran hari ini.

KB - mengkritik

Lampiran 1:

Petikan1

Adapun Indera Nata itu terlalu sekali beraninya dan beberapa ia bertemu dengan mergastua yang buas-buas itu pun tiada memberi bahaya akan dia dan jika tiada dengan Indera Nata itu nescaya matilah hamba dimakan oleh segala binatang.

Jangkaan Jawapan

  1. Mengapakah Indera Nata dikatakan berani?
  2. Siapakah yang menyelamatkan Indera Janaka?


Petikan 2

Maka Indera Nata pun segera naik ke atas mahligai itu, serta sampai maka ia melihat tuan puteri tujuh orang. Maka Indera Nata pun hairan melihat kekayaan Tuhan seru alam sekalian.

Jangkaan Jawapan

a. Siapakah yang dilihat oleh Indera Nata?

b. Berapa orangkah tuan puteri yang disorokkan oleh raksasa?

Petikan 3

Maka kata Indera Nata, “Hai tuan puteri sekalian, adapun nama hamba ini Indera Nata anak Raja Rom, kerana hamba datang ke mari ini disuruh oleh Raja Rom mencari gajah bergadingkan emas..

Jangkaan Jawapan

a. Siapakah yang datang ke mahligai raksasa?

b. Apakah tujuan dia datang ke situ?

c. Mengapakah Indera Nata disuruh ke situ?

Petikan 4

Maka lalu ia memeluk mencium anaknya itu seraya katanya, “Wah anakku tuan, hiduplah rasa hatiku tuan dan nyawa bonda tuan adapun selama anakku pergi itu tiadalah aku mau makan dan minum dan tidur daripada sangat aku bercintakan anakku ini!”

Jangkaan Jawapan

a. Mengapakah bonda Indera Nata tidak dapat tidur?

b. Mengapakah bonda Indera Nata tidak mahu makan dan minum?

c. Apakah yang terjadi kepada ayahanda Indera Nata?

d. Berapa lamakah Indera Nata pergi mencari gajah bergadingkan emas?

Petikan 5

Setelah sampailah kepada tengah malam tiadalah beroleh tidur. Adapun tangisnya itu dua perkara suatu sebab bertemu dengan anakanda Indera Nata dan kedua tangisnya itu sebab bercerai dengan ayahandanya.

Jangkaan Jawapan

a. Mengapakah bonda Indera Nata menangis?

b. Bilakah bonda Indera Nata tidak dapat tidur?

Disediakan oleh:

Pn. Aiani Sudeen

En. Muhdi Hj. Majid

No comments:

Post a Comment