Tuesday, February 15, 2011

kita sebarang pena:Puisi Moden

MODUL 2

Tingkatan : Empat/Lima

Masa : 80 minit

Tajuk : Kita Sebatang Pena

Karya Aminhad

Aspek Sastera :

Genre: Puisi Moden (Sajak)

Hasil Pembelajaran Utama : 6.0 Mengenal pasti gaya bahasa puisi.

Hasil Pembelajaran Khusus: 6.4 Menganalisis unsur bunyi dalam puisi.

Huraian Hasil Pembelajaran : Aras 1

ii. Menyenaraikan aspek gaya bahasa.

iv Menyenaraikan kata ganda, citra dan citraan (imej dan imejan),sinkope, metafora,personifikasi,

simile,dan pengulangan dalam puisi yang dikji’

v. mengenal pasti asonansi dan aliterasi, kombinasi bunyi, rima, dan jeda dalam puisi yang dikaji.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat:

i. Menyenaraikan contoh gaya bahasa (metafora dan simile) dan diksi

ii. Mengenal pasti unsur bunyi (asonansi, aliterasi dan rima).

Pengisian Kurikulum

Ilmu: Kemanusiaam

Nilai: Menghargai, Berwaspada Ketuhanan

Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai, Kemahiran Berfikir, Kajian Masa Depan

Pendekatan : Mengalami dan Menghayati

Aktiviti : Kelas, perbincangan, penerangan, MESTAMU (melagukan puisi puisi tanpa muzik)dan simulasi.

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT/Catatan

Menerangkan definisi dan konsep gaya bahasa dan unsur

Bunyi

Contoh :

Aliterasi: Pengulangan

Huruf-huruf konsonan

Asonansi: Pengulangan huruf-huruf vocal.

Set Induksi

1. Murid diarahkan membentuk kumpulan ( satu kumpulan 4 orang murid)

2. Murid diminta membacakan sajak (memestamukan sajak) mengikut irama lagu

kegemaran masing-masing.

3. Murid memilih wakil untuk mempersembahkan sajak dalam bentuk mestamu di

hadapan kelas.

Langkah 1

1. Seorang wakil murid diminta mendeklamasikan sajak dengan cara yang betul

2. Pendelamator dibimbing untuk mendeklamasikan sajak dengan cara yang betul oleh

guru dan memberi maksud sajak ’Sebatang Pena’

Langkah 2

1. Murid mendengar penerangan guru berkaitan konsep dan definisi aspek gaya

bahasa.

2. Murid mendengar penerangan guru berkaitan aspek gaya bahasa dan unsur bunyi.

3. Murid menyenaraikan beberapa unsur gaya bahasa dan mengkategorikan unsur

gaya bahasa yang terdapat dalam sajak yang dikaji.

4. Murid menyenarai dan memberikan contoh unsur bunyi dalam sajak yang dikaji.

Lampiran Sajak

(Rujuk buku teks)

Sajak: Sebatang Pena’

Kemahiran berfikir

(kreatif)

Lampiran 1

Edaran LPG (Konsep gaya bahasa dan unsur bunyi)

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT/Catatan

Unsur gaya bahasa:

- Metafora

- Simile

- Sinkop

Unsur Bunyi:

- asonansi

- aliterasi

Langkah 3

1. Murid kembali kepada kumpulan dan diberi tugas mencari dan mengkategorikan

gaya bahasa dan unsur bunyi.

Kumpulan 1 dan 2

- Mencari dan menyenaraikan gaya bahasa yang terdapat pada sajak.

Contoh : Metafora

-pena kehidupan R1 B1, jalan hidup R2 B2

Simile

-seperti goresan-goresan R2 B1, seperti lakaran-lakaran R2 B1

Diksi pemilihan kata ganda

-dilakar-lakarkan, goresan-goresan R2 B1

Kumpulan 3 dan 4

- Mencari dan menyenaraikan unsur bunyi yang terdapat pada sajak.

Contoh: Aliterasi – pengulangan bunyi huruf-huruf konsonan

Digores-goreskan dilakar-lakarkan sepenuh daya R1 B2

Penhgulangan bunyi huruf ’k’. Diulang sebanyak 4 kali

Asonansi-pengulangan bunyi huruf-huruf vokal

Seperti gores-goresan seperti lakar-lakaran itulah R2 B 1

Pengulangan bunyi huruf ’e’. Diulang sebanyak 5 kali

Kemahiran Berfikir – kreatif

Kaedah: Berkumpulan

Teknik: Kecerdasan pelbagai

Isi Pelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

KBT / Catatan


2. Wakil dari setiap kumpulan diminta oleh guru untuk membentangkan hasil dapatan

melalui perbincangan dalam kumpulan. Setiap wakil diberi masa untuk mengemu-

kakan hasil dapatan mereka.

3. Murid diberi peluang untuk mencela dan memberi pendapat mereka berkaitan gaya

bahasa dan unsur bunyi.

Penutup

- Murid diberi peneguhan melalui ulasan guru berkaitan aspek gaya bahasa dan unsur bunyi berdasarkan dapatan murid melalui perbincangan dalam kumpulan.

- Murid diberi tugasan berkaitan gaya bahasa dan unsur bunyi untuk disiapkan di

rumah.

Contoh tugasan:

1. Berdasarkan sajak ’Sebatang Pena’:

a) Jelaskan tiga keindahan gaya bahasa selain gaya bahasa yang dikaji dalam

kelas.

b) Huraikan unsur bunyi sajak tersebut.

c) Prihalkan rima sajak tersebut.


Isi Pelajaran


KBT / Catatan


Langkah 3

1. Guru membuat agihan kumpulan (satu kumpulan empat orang murid).

2. Setiap kumpulan diminta menghasilkan sekurang-kurangnya dua rangkap pantun empat kerat menggunakan nilai kemanusiaan dalam sajak “Aduhai Bapa” yang dikaitkan dengan kehidupan masyarakat Malaysia.

Contoh:

Nilai kemanusiaan : berkorban untuk Negara

Pantun Empat Kerat

Bunga Melati ditapak tangan,

Mari disunting dara jelita;

Musuh dinanti mengundur jangan,

Berputih tulang untuk Negara.

3. Setiap mempersembahkan pantun masing-masing sambil menyanyikan lagu rakyat “Rasa Sayang”

Lampiran 1 : Gaya bahasa

Istilah

Contoh Gaya Bahasa

S

Sinkope – Singkatan Kata

Simile- Perbandingan langsung menggunakan kata

I

Inversi- Bahasa songsang/terbalik

P

Personifikasi- Bahasa perorangan

Paradoks- Pertentangan maksud

E

Epifora- Pengulangan diakhir baris

Elegi- Bahasa yang menunjukkan kepiluan

R

Resfonsive- pengulangan di tengah baris

M

Metafora- Gabungan kata abstrak dan konkrik

U

Unsur Prosaik-

D

Diksi- Pemilihan kata

A

Asonansi- Pengulangan bunyi huruf vokal

Aliterasi- Pengulangan bunyi huruf konsonan

Anafora- Pengulangan kata di awal baris

H

Hiperbola- Perbandingan melampau

Lampiran 2 :Unsur Bunyi

A

Asonansi

J

Jeda

A

Aliterasi

R

Rima





No comments:

Post a Comment